Friday, November 7, 2008

ALPHA LIPID!!!!

Pada tanggal 5/11/2008, bermulalah episod perniagaan kolostrum susu alpha lipid dalam hidup kami.
Walaupun perniagaan ini bermula secara kecil-kecilan tapi kami percaya ia dapat memberi pulangan yang sangat besar kepada kami setelah diberikan penerangan tentang plan pemasaran produk ini.
Insyaallah...Walaupun baru bermula dengan perniagaan ini tetapi kami telah berjaya menjual sebanyak 6 tin selama 2 hari..!!!!!
Sungguh menakjubkan respon terhadap produk ini.
Kami percaya dapat menjual sebanyak 30 tin dalam bulan November ini dan terus layak menjadi 'supervisor'..INI TARGET KAMI..!!!!

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman ini,

hubungi kami:

Wan 012 384 1414

Salha 019 311 1414

Wednesday, May 21, 2008

KOLOSTRUM

Apabila induk melahirkan anak, induk akan membekalkan kolostrum sebagai makanan pertama untuk anaknya. Kolostrum ialah cecair pra-susu berwarna kuning-kuningan yang dihasilakan oleh mamalia selepas melahirkan anak. Manusia menghasilkan susu berkolostrum hanya dalam tempoh 24 jam yang pertama sahaja. Lembu pula menghasilkan kolostrum dalam tempoh yang lebih lama iaitu di antara 36 hingga 48 jam.

Komposisi Kolostrum Perbezaan utama di antara kolostrum dan susu biasa ialah kolostrum mengandungi komponen bioaktif yang tinggi. Terdapat lebih daripada 90 jenis komponen di dalamnya, di mana komponen utamanya terbahagi kepada 2, iaitu faktor imun dan faktor pertumbuhan. Faktor Imun terdiri daripada immunoglobulin (Ig). Berdasarkan kajian, kolostrum terdiri daripada 33% protein dan lebih 50% immunoglobulin (Ig). Kolostrum juga mempunyai banyak komponen khasiat seperti vitamin, mineral dan asid amino. Kesemua factor ini bertindak bersama untuk mengawal dan mengekalkan kesihatan.

Immunoglobulin (Ig) dan Sistem Imun Immunoglobulin (Ig) ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh sel plasma (sel B Lymphocyte) yang bertindak untuk mengawal sistem imun. Immunoglobulin (Ig) terdiri daripada IgG, IgM, IgD, IgE, IgA. Rangkaian immunoglobulin (Ig) ini lazimnya disebut Immunoglobulin Gamma atau Immune Gamma Globulin.
Sistem imun ialah satu organisasi kompleks yang merangkumi sel darah putih, tulang sumsum, antibody dan kalenjar timus. Semua sel darah putih dalam saluran darah adalah sel imun yang dikenali sebagai Leukocytes.

Apakah IgG? IgG ialah salah satu komponen bioaktif utama di dalam immunoglobulin (Ig) atau antibodi yang terlibat di dalam fungsi imun. Mengikut pecahan immunoglobulin (Ig), kuantiti yang paling banyak didominasikan oleh IgG, kedua IgA, ketiga IgM, keempat IgE dan kelima IgD.

IgG merupakan antibodi terbanyak di dalam kolostrum lembu iaitu 86% manakala IgG yang di dapati pada kolostrum manusia pula hanya 2% sahaja. Ini menunjukkan faktor IgG di dalam kolostrum lembu lebih tinggi berbanding IgG daripada kolostrum manusia, iaitu kira-kira 40 kali ganda.


Kajian melaporkan kolostrum boleh menyumbang kepada banyak manfaat, diantaranya ialah :
Menghindarkan osteoporosis
Melegakan atritis dan masalah auto imun
Mengawal gula di dalam darah
Melawan selesema, influenza dan alahan
Melawan pathogen yang dibawa oleh makanan dan air
Mengurangkan lemak dan membina otot
Penyakit hati
Anemia
Ulser
Pankreatitis
Alatan kosmetik
Mencerdaskan otak
Meningkatkan potensi keseluruhan sistem badan
Meningkatkan prestasi seksual
Melewatkan penuaan
Menggiatkan prestasi organ-organ dalaman
Menguatkan ingatan Meningkatkan fungsi imun dan memberikan lebih perlindungan